SELAMAT DATANG


Terima kasih kerana sudi menjengah blog ini. Semoga anda akan memperoleh sesuatu daripada blog ini. Sebarang cadangan dan komen boleh dihantar kepada psssktp@gmail.com.


SKTP

Suka Kerja Tekun Pantas

Tuesday, November 30, 2010

Teknik Membaca PQRST

Teknik Membaca PQRST 

Sistem PQRST adalah suatu teknik membaca yang diperkenalkan oleh Thomas, Ellen Lamar; Robinson dan H. Alan dalam buku mereka yang bertajuk "Improving Reading In Every Class".
Berikut adalah 5 langkah yang menjadi tunjang Teknik Membaca PQRST ini.
(a) Preview (Tinjau)
Preview. TINJAU tajuk-tajuk utama pada keseluruhan buku atau bab tertentu dengan memberi perhatian kepada tajuk-tajuk besar dan kecil padanya. Tujuan utama proses meninjau ini adalah untuk anda mendapatkan gambaran keseluruhan tentang isi-isi penting pada buku atau bab-bab dalam buku itu. Dengan mendapat gambaran segera tentang kandungan buku itu, fikiran anda akan lebih tertumpu kepada isu-isu utama yang dibincang atau diutarakan pada buku tersebut.
(b) Question (Soal)
Question. SOAL diri anda dengan menjadikan tajuk besar dan kecil dalam bab itu sebagai soalannya. Misalnya, tajuk bagi seksyen ini ialah Meningkatkan Mutu Pembacaan. Jadi, bentuk soalan yang boleh anda buat ialah “Bagaimana saya dapat meningkatkan mutu pembacaan saya?” Dengan adanya soalan itu semasa anda membaca, tumpuan fikiran anda akan lebih fokus kepada mencari jawapan atau jawapan-jawapan tentang soalan yang tertumpu pada fikiran anda pada ketika anda membaca.
(c) Read (Baca)
Baca satu seksyen ke satu seksyen untuk mencari jawapan soalan yang anda telah bentuk itu. Sambil MEMBACA bahan bacaan anda, tumpukan perhatian untuk mendapatkan jawapan bagi soalan yang anda telah timbulkan itu. Ini merupakan suatu pembacaan yang aktif. Oleh itu, carilah tempat di mana anda boleh membaca dengan sepenuh tumpuan. Dengan berbuat demikian, anda akan dapat meningkatkan keberkesanan dan impak proses pemahaman serta pengingatan anda terhadap idea-idea utama bahan yang dibaca.
(d) Self-Recitation (Menyebut Kendiri)
MENYEBUT KENDIRI ialah suatu proses di mana anda mencuba ingat fakta-fakta utama bab atau bahan yang anda telah baca. Adalah lebih berkesan jika anda menyebutkan fakta-fakta kepada diri anda secara lisan. Tujuan utamanya ialah untuk mengingat semula apa yang anda telah baca iaitu dengan menggabungkan semua proses (b), (c), dan (d) secara serentak.
(e) Test (Uji)
UJI diri anda setelah anda habis membaca keseluruhan bab. Fikirkan berapa banyakkah idea-idea daripada bab yang baru anda baca itu dapat anda ingati. Pada peringkat inilah anda harus mula menyimpan apa yang telah anda pelajari ke dalam ingatan jangka panjang anda. Dengan menggunakan Teknik Membaca PQRST, masalah terlalu banyak untuk dibaca akan dapat anda atasi. Teknik Membaca PQRST ini memudah dan mempercepatkan proses pembacaan serta pengingatan anda.

Monday, November 29, 2010

Minda: Pembentukan modal insan secara holistik

myMetro | Minda: Pembentukan modal insan secara holistik

myMetro | Konflik sekolah, ibu bapa dan PIBG

myMetro | Konflik sekolah, ibu bapa dan PIBG

sUKARNYA MEMBENTUK BUDAYA MEMBACA

Minda: Sukarnya bentuk budaya membaca


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

LAZIMNYA, apabila cuti sekolah bermula, murid atau pelajar akan tutup buku kerana mahu bercuti. Mereka mahu merehatkan otak dan tidak mahu membebankan kepala dengan bahan bacaan. Bagi yang baru melalui peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), mereka juga mahu bebas daripada buku.

Begitu juga dengan pelajar yang sedang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan berhenti membaca selepas tamat peperiksaan. Kebanyakan mereka menghabiskan masa dengan aktiviti lain yang bebas daripada bahan bacaan. Ekoran tidak mementingkan tabiat membaca semasa cuti persekolahan, beberapa majalah akademik mengalami kemerosotan jualannya. Contohnya, ada majalah yang tidak dikeluarkan pada Disember kerana pelajar tidak lagi melanggannya. Jika ada majalah diterbitkan, ia berlonggok di pasaran kerana kurang pembeli. Akhbar yang mempunyai sisipan panduan peperiksaan turut terjejas jualan kerana pelajar dan sekolah tidak melanggannya sepanjang cuti persekolahan. Ini membuktikan bahawa di negara ini membaca bertujuan untuk lulus peperiksaan semata-mata. Statistik menunjukkan kita antara negara yang rakyatnya kurang membaca. Jika hendak dibandingkan dengan negara lain seperti Jepun dan China, kita masih jauh ketinggalan.


Kecenderungan pelajar pada cuti sekolah adalah menghabiskan masa menonton televisyen, melayari Internet dan melakukan aktiviti tidak berfaedah di luar rumah, menjadikan proses pembelajaran terbantut. Kita menggalakkan pelajar menjadikan membaca sebagai satu tabiat atau amalan murni demi membuka minda ke arah insan cemerlang.

Oleh itu, jika membaca tidak dijadikan amalan atau membaca hanyalah bermusim, yang ruginya generasi akan datang. Mereka akan ketinggalan dalam serba hal termasuk memantapkan ilmu pengetahuan yang boleh dibawa ke sekolah kelak jika mereka masih di alam persekolahan.


Sikap sesetengah pelajar yang hanya membaca buku teks tidak akan membawa mereka ke mana-mana. Mereka sepatutnya menambah ilmu dengan membaca akhbar dan majalah akademik. Kurangnya membaca di kalangan rakyat Malaysia terbukti apabila jumlah buku yang diterbitkan tidak sampai 15,000 setahun. Meskipun sudah beberapa tahun kita berhasrat mahu mencapai jumlah penerbitan buku 26,000 setahun, kita tahu sampai bilapun harapan ini tidak akan terlaksana.


Jika kita menaiki pengangkutan awam seperti Transit Aliran Ringan (LRT), boleh dikira dengan jari mereka yang membaca buku atau akhbar. Ini berbeza dengan rakyat Jepun yang tidak suka membazirkan masa ketika menaiki kenderaan awam. Di tangan mereka ada saja bahan untuk dibaca sama ada buku, majalah atau akhbar.

Di kedai buku di negara matahari terbit itu, penuh sesak dengan orang ramai membeli bahan bacaan berbanding di negara kita yang suasananya lengang kerana kekurangan pelanggan.


Sudah sampai masanya kita menjadikan buku sebagai teman hidup. Jika pelajar membaca hanya untuk lulus peperiksaan bermakna tabiat membaca dihentikan setelah mereka meninggalkan alam persekolahan. Di sini peranan boleh dimainkan ibu bapa untuk memberi kesedaran mengenai pentingnya membaca di kalangan anak mereka. Pada musim cuti sekolah, ibu bapa mestilah memantau anak mereka supaya anak tidak jauh daripada bahan bacaan.

Di samping memberi nasihat, secara simboliknya ibu bapa mestilah membeli bahan bacaan sesuai untuk anak mereka. Ibu bapa juga mestilah meneruskan amalan memberi peruntukan kepada anak untuk membeli bahan bacaan.


Ibu bapa mestilah menjinakkan anak mereka dengan perpustakaan pada musim cuti sekolah. Di samping membawa anak ke tempat peranginan, soal pembacaan juga tidak boleh dipandang ringan. Jadikan bahan bacaan wajib dibawa ketika bercuti. Sikap ibu bapa yang mahu menjimatkan wang dengan menyekat pembelian bahan bacaan dengan alasan cuti sekolah tidak wajar diamalkan kerana ia boleh membantutkan perkembangan minda anak.


Malangnya, ada sesetengah ibu bapa yang lebih mementingkan perkara lain daripada menyemai minat anak membaca. Mereka sanggup memenuhkan rumah dengan perabot mahal, membalut tubuh dengan pakaian berjenama dan membeli kenderaan baru sehingga mengabaikan bahan bacaan yang boleh menjana masa depan anak mereka.


Bagi yang memahami faedah atau manfaat membaca, membaca itu sepanjang hayat. Seperti juga menuntut ilmu yang tidak ada had umur dan situasinya.


Memetik kata-kata daripada buku Melayu Baru tulisan Muhammad Muhammad Taib, bangsa yang maju di dunia ialah bangsa yang banyak membaca sehingga mereka boleh menguasai dunia dengan pelbagai bentuk ciptaan, penemuan baru dan idea. Negara maju di dunia juga bertolak daripada kadar pembacaan yang tinggi di kalangan rakyatnya. Jadi untuk mencapai tahap negara maju, remaja mestilah menjadikan membaca sebagai satu amalan, bukannya membaca untuk lulus peperiksaan atau apabila disuruh membaca.


Pelbagai kempen mengenai pentingnya membaca seperti Membaca Jambatan Ilmu, Ilmu Itu Pelita Hidup dan Jadikan Buku Teman Setia Anda tidak semestinya dipandang remeh pelajar.

Sunday, November 28, 2010

PIAGAM PELANGGAN

PIAGAM PELANGAN SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG PATI

Kami sedia memberi perkhidmatan yang mesra, adil dan saksama kepada semua pelangan kami bagi mencapai dan menghasilkan hasrat berikut

Sedia menolong dan memberikan menyelesaikan masalah anda secepat mungkin.

Kesediaan membantu, membimbing dan mendidik anak- anak didik dengan ikhlas tanpa memilih rupa, pangkat, bangsa dan keturunan.

Tidak akan membazir masa bagi mempertingkatkan kemajuan anak didik.

Penguasaan 3M yang cemerlang dan penglibatan kokurikulum yang berterampilan.

Sedia menerima teguran, kritikan yang membina demi kebaikan dan kemajuan bersama.

Kesediaan meningkatkan permuafakatan dan penglibatan kami dengan komuniti setampat.

Terus berusaha melahirkan lepasan sekolah yang berilmu, beriman, dan berakhlak mulia dan berdisiplin.

Peningkatan Tahap Keselamatan, Kesihatan dan Kebersihan yang diidamkan tanpa mengabaikan tugas harian.

Logo Sekolah Kebangsaan Tanjung Pati





LOGO SKTP

Berilmu-Beramal-Berwawasan

Konsep yang mendasari Program dan aktiviti sekolah untuk melahirkan kekuatan dalaman warga sekolah bahawa murid belajar guru membimbing kearah menuju wawasan mulia.


6 PENJURU

1. Berusaha meninggikan mutu pendidikan.

2. Berkerja kuat untuk mencapai hasrat,falsafah dan matlamat sekolah.

3. Bersama- sama memelihara hubungan baik antara satu sama lain.

4. Berkerjasama mengatasi masalah dan cabaran.

5. Bersama- sama menjunjung dan mendaulatkan peraturan sekolah.

6. Beramal mengikut ajaran agama.


GLOP

Melambangkan pendidikan bertaraf dunia.

SIMBOL SIBER

Melambankan pendidikan bestari dalam era teklogi maklumat.


SISIPAN POKET

Melambangkan khazanah ilmu mulia yang akan diterokai.


SIMBOL WARNA LOGO

MERAH – Berdaya Saing/Berdaya Juang

KUNING- Mulia/ Ikhlas

BIRU – Cintakan Sekolah/ Patriotik.

PUTIH – Niat Bersih/ Suci.

Saturday, November 27, 2010

UCAPAN ALU-ALUAN GURU BESAR


UCAPAN GURU BESAR

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmatnya, kita dipertemukan kembali dengan semangat dan azam yang baru sebagai pembuka tirai tahun 2010.

Guru- guru yang dihormati,

Sekolah adalah institusi yang dirancang dan diwujudkan mengikut kehendak dan keperluan masyarakat untuk memberikan pendididikan kepada anak- anak secara teratur dan tersusun (Ibrahim Mamat 2001).

Sekolah juga dikatakan sebagai sebuah masyarakat yang kecil karana mempunyai ahlinya yang tersendiri. Setiap ahli mempunyai peranan yang tersendiri dengan mengujudkan aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran (P&P). Olehitu sekolah mempunyai objektifnya yang tersendiri sebagai mana visi dan misi yang telah dipersetujui bersama.

Guru- guru yang dihormati,

P&P adalah merupakan nadi dan aktiviti utama sekolah. Ianya merupakan suatu proses yang kompleks yang memerlukan perhatian, penilaian dan kajian yang berterusan. P&P yang berkesan biasanya berlaku sekiranyan guru memberi perhatian dan mengambil kira perbezaan antara diri murid- murid. Perbezaan tersebut meliputi aspek kecergasan (Intelligence), jantina, emosi stail pembelajaran dan latar belakang keluarga. Disamping itu guru mestilah berusaha untuk menjadikan bilik darjah sebagai tempat terbaik untuk semua murid.

Pengajaran yang berkesan di bilik darjah mestilah berbentuk kreatif, menarik, tersusun dan mempunyai perancangan yang terbaik. Jika perkara ini diperaktikan, ia dapat memberi peluang/ ruang kepada murid untuk belajar menggunakan kreativiti mereka tersendiri.

Pengajaran yang berkesan memerlukan guru bersikap pembimbing, penyokong, penunjuk ajar, peransang semangat dan pengalak kepada pembelajaran kendiri murid. Guru yang cemerlang mestilah kelihatan ceria, berminat dengan tugas dan suka kepda pengajaran. Selain itu, guru juga perlu pengalaman dan kemahiran dalam subjek yang diajar teliti dalam pembelajaran dan mempunyai hala tuju yang jelas.

Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) kurukilum difahamkan sebagai perancangan yng merangkumi aktiviti akademik seperti mata pelajaran atau pun kursus dan kegiatan luar bilik darjah seperti kelab dan persatuan. Kokurikulum hendaklah mengadungi aktiviti yang dapat membantu muird- murid mencapai perkembangan dari segi intelek, rohani, emosi jasmani dan sosial (JERIS). Pengalaman – pengalaman yang dirancang itu hendaklah secocok dengan umur, kebolehan, minat dan kematangan.

Oleh itu, guru- guru yang terlibat dengan agihan tugas perlu bertanggungjawab sepenuhnya untuk memikul amanah yang diberikan, bagi memastikan matlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi JERIS tercapai sepenuhnya. Selari dengan kehendak JERIS JPNT.”Aktib & Lahap Belajar”.

SEKIAN TERIMA KASIH,

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN

…………………………………..

(HJH HAINI BT. HJ. ABDULLAH)

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Tanjung Pati,

23000,Dungun, Terengganu.