SELAMAT DATANG


Terima kasih kerana sudi menjengah blog ini. Semoga anda akan memperoleh sesuatu daripada blog ini. Sebarang cadangan dan komen boleh dihantar kepada psssktp@gmail.com.


SKTP

Suka Kerja Tekun Pantas

Saturday, January 15, 2011

Konsep 5S

Pengenalan 5S

Pengamalan 5S merupakan satu aktiviti dalam meningkatkan persekitaran pejabat. Amalan ini dijadikan sebagai tempat terpenting dalam membentuk disiplin pekerja dan pelajar bagi memastikan tempat kerja serta kolej kediaman bersih, teratur, sempurna, selamat dan mudah diawasi dalam usaha meningkatkan mutu kerja, proses, peralatan, keselamatan dan perkhidmatan.

Penerangan Konsep 5S

Berikut adalah penerangan mengenai 5S:-
SEIRI – SISIH – SORT
Sisih barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan buangkannya secara sistematik.

SEITON – SUSUN – SET IN ORDER
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan.

SEISO – SAPU – SHINE
Bersihkan tempat kerja dan pastikan tiada kekotoran di lantai, mesin dan peralatan.

SEIKETSU – SERAGAM – STANDARDISE
Pastikan tempat kerja sentiasa kemas dan bersih mengikut peraturan.

SHITSUKE – SENTIASA AMAL – SUSTAIN
Amalkan sistem 5S secara berterusan hingga menjadi budaya organisasi.

Definisi  5S

Program 5S melibatkan aktiviti seperti menyisih, menyusun, membersih dan mengatur yang dilaksanakan secara berterusan dan sukarela mengikut piawaian yang telah ditentukan oleh sekumpulan manusia di tempat kerja/kolej kediaman/makmal/bengkel yang sama secara bekerjasama untuk menjadikan persekitaran dan tempat kerja lebih efektif dan produktif.

Polisi 5S

“Ke arah budaya kerja yang adil saksama, cekap dan gemilang dengan persekitaran yang bersih, ceria, selamat dan seragam , demi kepuasan pelanggan”.

Tuesday, January 4, 2011

BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA) PENDIDIKAN

BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA) PENDIDIKAN
Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan member tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.




1. Sub-NKRA Prasekolah
7 teras untuk meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti dan berkemampuan:
1.       Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasokolah Kebangsaan dan Bahagian Prasekolah dan PERMATA Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
2.       Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
3.       Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan
4.       Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru
5.       Menambah bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin Bandar, luar Bandar dan pedalaman
6.       Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan Prasekolah.
7.       Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan
 
2. Sub-NKRA Literasi dan Numerasi
NKRA – Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan
Setiap kanak-kanak* menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012
*Kanak-kanak berkeperluan khas – didefinisikan sebagai murid bermasalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, terencat akal, mempunyai pelbagai kecacatan, dan kurang upaya secara fizikal. Kurikulum khas literasi dan numerasi dibentuk untuk kanak-kanak berkeperluan khas.

3. Sub-NKRA Sekolah Berprestasi Tinggi


3.1 Mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik 
  
Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing (pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota perkhidmatan)
3.2 Menghasilkan pelajar yang cemerlang
Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa dan yang menjadi personaliti unggul dalam semua bidang
3.3 Merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem
Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah sekolah tersebut.

4. Sub-NKRA Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah
Meningkatkan kualiti keberhasilan murid menerusi peningkatan prestasi pemimpin sekolah di Malaysia: