SELAMAT DATANG


Terima kasih kerana sudi menjengah blog ini. Semoga anda akan memperoleh sesuatu daripada blog ini. Sebarang cadangan dan komen boleh dihantar kepada psssktp@gmail.com.


SKTP

Suka Kerja Tekun Pantas

Wednesday, April 10, 2013

KATA-KATA ALUAN TUAN GURU BESAR EN JAMAL BIN SALLEH (2013)




KATA-KATA ALUAN TUAN GURU BESAR- EN JAMAL BIN SALLEH (2013) 

Syukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpahNya dan rahmatNya serta iziNya dapat kita bertemu kembali ditahun 2013 dengan semangat serta azam baru untuk meneruskan perjuangan kita bagi mencemerlangkan anak didik kita di SK Tanjung Pati (SKTP).
            Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua warga SKTP yang telah mengembelingkan tenaga tak kira siang dan malam, bertungkus lumus dengan tidak jemu-jemu menurunkan ilmu yang ada kepada anak didik kita demi kejayaan yang di hasratkan. Berdasar budaya kerja cemerlang dengan moto sekolah kita “ Kekitaan Yang Erat Tiada Berat” serta “Suka Kerja Tekun Pantas”.
            Pada tahun 2012 kejayaan dibidang akademik telah meningkat daripada 2orang mendapat 5A(UPSR) kepada 3 orang, diharapkan dengan kejayaan ini akan terus menjadi dorongan baru dan menyemarakkan suntikan semangat baru untuk meraih kejayaan pada tahun 2013. Bidang Kokurikulum, kita masih dapat mempertahankan kejuaraan kita seperti tahun 2010. Dalam dunia global ini marilah sama-sama kita mencemerlangkan modal insan kelas pertama di dunia dan akhirat.
            Sebagaimana kita tahu negeri Terengganu  yang terkenal dengan “Pendidikan Terengganu Negeri Anjung Ilmu” dengan slogan melonjakkan kecemerlangan pendidikan menerusi agenda “Melestarikan Pendidikan Terbilang” yang berkonsepkan “ 1Malaysia” – Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
            Harapan saya kepada semua warga SKTP agar bekerja berdasarkan kehendak Visi dan Misi sekolah  supaya ianya menjadi kenyataan yang realiti pada tahun 2013, ianya bukan mustahil.
            Akhir kata, sekali lagi saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru dengan azam baru bagi melahirkan modal insan Minda Kelas Pertama, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang dunia dan akhirat, dengan bekerja penuh iktizam, amanah, ikhlas dan penyayang melalui moto sekolah “Suka Kerja Tekun Pantas” sepanjang masa.
SEKIAN TERIMA KASIH,

”Guru Penyayang Murid Berkualiti”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Profil Ringkas SKTP

https://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=JesOIk80v64 ..https://www.youtube.com/watch?feature=player_detailpage&v=JesOIk80v64